ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 25 Oktober 2023.
1. 6 hospital di Gaza terpaksa ditutup akibat kekurangan bahan api - WHO
Sekurang-kurangnya enam buah hospital di Gaza terpaksa ditutup akibat kekurangan bahan api, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa.
2. 700 rakyat Palestin terkorban dalam serangan udara semalaman Israel
Lebih 700 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel dalam tempoh semalaman.
3. Lebih 5,795 maut, 18,000 cedera akibat pengeboman di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza
Lebih 5,795 rakyat Palestin terbunuh manakala 18,000 lagi cedera akibat serangan rejim Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sejak 7 Oktober lalu.
4. Rejim Israel kejam tidak benar bekalan bahan api masuk ke Gaza
Israel berpendirian tegas dan kejam untuk tidak membenarkan bahan api memasuki Gaza walau dalam apa jua keadaan sekalipun.
5. Biden, Putera Mahkota Arab Saudi bincang diplomasi perang Palestin-Israel
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohamed bin Salman pada Selasa mengadakan perbicangan mengenai usaha yang perlu diambil untuk mengelakkan perang antara Palestin dan Israel berpanjangan, kata White House.
6. Negara sekutu Israel perlu bertanggungjawab - Mahmoud Abbas
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyalahkan Israel dan negara sekutunya yang menyokong tindakan kejam zionis terhadap rakyat Palestin.
7. Israel cabul undang-undang antarabangsa - Guterres
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres sifatkan wujud pencabulan jelas ke atas undang-undang kemanusiaan antarabangsa di Semenanjung Gaza.
8. 3 kanak-kanak antara 5 maut dalam insiden tembakan di Kanada
Lima orang, termasuk tiga kanak-kanak maut dalam kejadian tembakan di Kanada, lapor Xinhua pada Selasa.
9. Lebih 500 pekerja lombong emas jadi tebusan
Seramai 543 pekerja sebuah lombong emas di timur Johannesburg di Afrika Selatan dijadikan tebusan sejak Ahad lepas.
10. China umum kru angkasawan Shenzhou-17
China pada Rabu mengumumkan pemilihan tiga angkawasan iaitu Tang Hongbo, Tang Shengjie dan Jiang Xinlin untuk menjalankan misi Shenzhou-17.
Astro Awani
Wed Oct 25 2023
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Angka korban akibat banjir di Sumatera Barat meningkat kepada 31 orang
Banjir yang bermula sejak Sabtu malam, telah membawa lumpur ke daerah tanah datar, lalu menjejaskan lima mukim.
Penunggang motosikal maut terbabas, kepala kena tiang papan tanda
Seorang lelaki berusia 50 tahun maut setelah motosikal yang ditunggang hilang kawalan lalu terbabas melanggar pembahagi jalan di Ipoh.
Liga Super: Tangan Kamal Azizi patah terkena bola sepakan pemain Kuching City
Kamal dikeluarkan seawal minit pertama perlawanan selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya.
12 samseng jalanan ditahan, 57 motosikal disita di Taiping
Operasi yang diadakan bukan saja untuk membanteras samseng jalanan tetapi juga untuk mengurangkan kes kemalangan dan jenayah jalanan.
Kereta hilang kawalan masuk lorong kiri punca bas terbalik di lebuh raya
Akibat pelanggaran, kereta itu berpusing 360 darjah dan melanggar bahagian hadapan kanan bas.
PM tiba di Doha untuk lawatan rasmi tiga hari ke Qatar
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha pada kira-kira 9.37 malam Ahad waktu tempatan.
Dr Dzulkefly komited selesai isu gaji, kebaikan jururawat
"Saya sangat sedar, insaf dan amat empati terhadap pelbagai masalah profesion ini termasuk gaji, saraan, kerjaya, kebajikan."
Pemaju hartanah tidak bertanggungjawab musnahkan impian pembeli rumah
Kerajaan khususnya kementerian yang bertanggungjawab terhadap pengguna dan perumahan, jabatan penilaian serta agensi yang terlibat dalam pembinaan perlu tampil ke depan membantu pemilik rumah.
Liga Malaysia: Stadium Likas, Sabah pertama bakal guna sistem VAR sendiri
Sabah bakal menjadi negeri pertama mengguna pakai sistem VAR sendiri jenis sistem Goal Sport VAR untuk perlawanan Liga Malaysia di Stadium Likas.
KDN pilih Mini Amazon Malaysia, Kampung Beng, sebagai Kampung Angkat MADANI
Kampung Beng, yang terkenal sebagai Mini Amazon Malaysia, telah dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Mei 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.